PROGRAM

PROGRAM PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

1. PENDAHULUAN
Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah diperkenalkan di Sekolah Menengah Malaysia pada tahun 1988 setelah Institut Aminuddin Baki menjalankan kursus Kejurulatihan bagi kumplan pertama. Sehingga tahun 1992, tiga kumpulan jurulatih telah menghadiri kursus ini di Institut Aminuddin Baki.

2. RASIONAL
2.1    Guru Bimbingan belum mencukupi untuk menampung tuntutan khidmat ini yang makin bertambah. PRS merupakan khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
2.2    Membantu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam menyediakan satu saluran lagi bagi pelajar berkongsi kebimbingan dan mencurahkan perasaan yang tidak dapat dikongsikan dengan orang dewasa.
2.3    Jika remaja dikatakan memberi pengaruh negatif kepada rakan-rakan, mereka juga boleh mempengaruhi rakan secara positif. Mereka dilatih terlebih dahulu bagaimana mempengaruhi rakan secara positif.
2.4    Cabaran remaja makin bertambah dan mereka memerlukan bimbingan. PRS yang terlatih boleh membantu pelajar membina perlakuan yang lebih diterima melalui contoh teladan dan perhubungan yang terbuka.
2.5    Pengaruh orang dewasa berkurangan kepada remaja dan pengaruh rakan sebaya memainkan peranan penting dalam hidup mereka. PRS boleh memainkan peranan dalam mempengaruhi rakan secara positif.

3. FALSAFAH
Falsafah asas program ini ialah : Bantu Diri Supaya Berupaya Membantu Orang Lain.

4. KONSEP
Konsep asas program PRS ialah “Rakan Bantu Rakan”. Rakan boleh dalam lingkungan yang sama atau lebih tua/muda. Nama Pembimbing Rakan Sebaya adalah sama dengan program lain seperti : Mentor sebaya, kaunselor sebaya, adik angkat, kelompok sekongan sebayanya, college system, buddy, atau tutor sebaya.

5. MATLAMAT
5.1    Membina budaya kasih mesra dan saling membantu di kalangan pelajar.
5.2    Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
5.3    Memupuk potensi kepimpinan dan menjadi orang dewasa yang peka, bertimbang rasa, rela menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
5.4    Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salah laku di kalangan pelajar.

6. OBJEKTIF PROGRAM
6.1    Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan dari segi akademik, perlakuan, emosi dan peribadi.
6.2    Membina khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam khidmat ini.
6.3    Melatih pelajar dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi dengan berkesan dengan rakan dan individu lagi.
6.4    Menubuhkan kumpulan pelajar yang terlatih yang boleh menggerakkan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

7. FUNGSI PRS
7.1    Sebagai rakan yang berkesan dan sebagai saluran tidak formal untuk rakan mencurahkan perasaan.
7.2    Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan guru bimbingan dan kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu.
7.3    Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan, jika perlu.

8. SIAPA PRS
8.1    Pelajar sederhana dan baik dari segi pencapaian akademik, perlakuan, sikap, latar belakang dan mempunyai minat.
8.2    Pelajar berisiko dan menjadi pemimpin dalam kelompok kecil mereka.

9. KUMPULAN PRS
9.1    Terdiri daripada pelajar dari berbagai tingkatan dan berbagai aktiviti kokurikulum.

10. PEMILIHAN PRS
Guru yang menjadi jurulatih mempunyai hak membuat keputusan dalam memilih PRS kerana PRS akan bekerjasama dengan mereka.
Antara kaedah pemilihan PRS yang boleh dilakukan:
10.1    Ahli Jawatankuasa Unit Bimbingan Dan Kaunseling.
10.2    Dibuka kepada pelajar yang berminat.
10.3    Dipilih oleh Pengetua, guru dan rakan.
10.4    Melalui ujian personaliti.

11. PENDEKATAN PROGRAM PRS
11.1    Perkembangan kendiri: Memahami kekuatan diri dan bagaimana meningkatkannya serta mengurangkan kelemahan diri.
11.2    Mencegah: Lebih peka kepada diri dan perasaan orang lain. Berupaya melihat sesuatu dengan rasional dan objektif.
11.3    Memulih: Melatih pelajar berisiko menjadi pelajar yang lebih bertanggungjawab.

12. LATIHAN ASAS
PRS diberi latihan intensif oleh jurulatih sebelum diiktiraf sebagai PRS, dalam 4 aspek:
12.1    Kesedaran kendiri.
12.2    Asas komunikasi.
12.3    Asas kaunseling.
12.4    Isu remaja.

13. LATIHAN LANJUTAN
Latihan lanjutan perlu diberi kepada PRS untuk meningkatkan kemahiran membantu. Latihan lanjutan idak perlu panjang dan lama. Aspek latihan terpulang kepada keperluan pelajar. Contoh, kemahiran berucap, kemahiran belajar berkesan, kemahiran tegas diri, menguruskan masa dan kemahiran kepimpinan.

14. ASPEK PERTOLONGAN
14.1    Tidak formal
    - Menjadi rakan yang peka.
    - Mendengar dengan empati dan memberi respon menggalak.
    - Mencadang rujukan.
    - Menjadi saluran mendapat maklumat.

14.2    Formal
    Pertolongan secara formal boleh dilakukan melalui projek selepas latihan.
   
    14.2.1    Akademik    - Tutor sebaya, mentor sebaya, kelompok perbincangan.
Peribadi    - “Kaunseling” individu “Kaunseling” kelompok dengan penyeliaan guru bimbingan dan kaunseling.
Sosial       -*Pembantu fasilitator dinamik kumpulan.
                  *Pembantu melatih PRS pelapis.
Komuniti  - Menjalankan projek membantu komuniti seperti pelawat setia rumah orang tua.

15. ETIKA PRS
15.1    Amanah dan rahsia.
15.2    Memahami limitasi diri.
15.3    Menerima rakan tanpa mengukur.
15.4    Merujuk kes sukar kepada guru bimbingan dan kaunseling.
15.5    Melapor kes merosak diri dan orang lain kepada guru bimbingan dan kaunseling.
15.6    Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.

16. FAKTOR KEJAYAAN PROGRAM PRS
16.1    Sokongan dan kerjasama Pengetua, guru dan ibu bapa.
16.2    Komitmen guru bimbingan dan kaunseling dan PRS.
16.3    Sistem pengiktirafan dan penerimaan yang menggalakkan.
16.4    Rancangan penilaian, kawalan dan susulan yang teratur.16.5    Minat dan penglibatan guru-guru lain.
16.6    Guru bimbingan dan kaunseling diberi masa yang cukup untuk melatih PRS.

17. PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN DAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH PRS

BOLEH DILAKUKAN OLEH PRS

a.    Pemudah cara dalam keadaan terbuka, penuh kepercayaan rasa selesa dan empati.
b.    Menerima rakan dengan terbuka tanpa mengukur.
c.    Mendengar, menjelas, dan membantu rakan melihat beberapa alternative sebelum membuat keputusan.
d.    Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif.
e.    Mematuhi kerahsiaan.
f.    Menyedari bukan semua masalah boleh diatasi.
g.     Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa seharian.
h.    Memimpin rakan melihat masalahnya dengan objektif dan menggalak mereka mencari penyelesaian sendiri supaya mereka belajar melalui pengalamannya.
i.    Merujuk kes-kes yang berat kepada guru bimbingan dan menjadi jambatan kepada rakan yang bermasalah untuk bertemu dengan guru BK atau orang yang lebih arif.
j.    Menjalankan projek membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
k.    Memberatkan kesejahteraan diri dan memahami limitasi diri untuk membantu.

TIDAK DILAKUKAN OLEH PRS

a.    Mengawal, memberi khutbah atau mendesak rakan tentang apa yang harus mereka dilakukan.
b.    Membuat kesimpulan awal dan cuba mengubah mereka.
c.    Memberi nasihat atau memberi cadangan penyelesaian untuk diikuti.
d.    Menyelamatkan rakan dengan membuat sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh rakan itu sendiri.
e.    Bercerita dengan orang lain
f.    Mengharapkan semua masalah boleh diatasi dengan segera.
g.    Berbincang dengan rakan yang menghadapi masalah emosi mendalam.
h.    Bertindak menyelesaikan masalah rakan.
i.    Menghadapi sendiri masalah yang runcing sehinnga mengganggu kententeraman jiwa.
j.    Menjalankan projek bersendirian dan mengetepikan rakan lain.
k.    Terlibat dengan masalah rakan secara peribadi sehingga mengganggu pelajaran dan perasaan.